Tuesday 9 August 2011



MENCERAH RAMBUT /BLEACHING


tujuan mencerah/bleaching rambut

  • Untuk mengurangkan warna rambut kepada warna yang lebih cerah,misalnya daripada warna hitam kepada warna coklat,merah,merah keemasan,keemasan,kuning dan kuning muda.
  • Membantu mengembangkan rambut supaya boleh menyerap pewarna yang akan digunakan untuk mewarna rambut.
  • Menjadikan stail rambut lebih menarik dan eksotik.


langkah-langkah / kaedah

Kebiasaannya mencerah dilakukan pada keseluruhan rambut. Bagi mempelbagaikan stail pencerahan rambut, teknik tipping, frosting dan streaking boleh dilakukan.


1 )Kaedah tipping :- tipping adalah kaedah mencerah secara celupan calit yang dilakukan pada bahagian hujung rambut yang dicerahkan.


Kaedah tripping
Langkah-langkah mencerah rambut dengan kaedah tipping :-

1. Menyediakan peralatan dan bahan .

2. Menyediakan pelanggan :-
  • Pastikan pelanggan berada dalam keadaan selesa.
  • Tanggalkan aksesori pada rambut pelanggan.
  • Alas bahu dengan tuala.
  • Syampu rambut (jika perlu)
  • Analisis rambut dan kulit kepala pelanggan

3. Mencerah rambut (bahagian hadapan rambut sahaja)

a) Membahagikan rambut kepada 2 bahagian (hadapan dan belakang)
  • Klip bahagian belakang rambut dengan kemas.
  • Sapukan krim pelindung di bahagian garis rambut hadapan dan garis pemisah antara hadapan dan belakang.

b) Membubuh bahan pencerah rambut
  • Ambil  aluminium foil yang telah dipotong dibahagian belakang rambut.
  • Sapukan campuran pencerah di bahagian hujung rambut dengan anggaran 3/4 daripada panjang rambut.
  • Bungkus rambut dan klipkan.
  • Ulang kaedah yang sama dibahagian lain.
  • Biarkan beberapa ketika untuk proses tindakan pencerah.
c) Membungkus rambut dengan jala rambut untuk mendapatkan haba daripada pengering rambut atau
alat pemanas eletrik yang lain.
d) Melakukan ujian pencerah di bawah cahaya yang terang.

e) Membersihkan pencerah dengan air suam dan bubuh perapi warna.

f) Mensyampu rambut dengan syampu perapi.


4) Menggayakan rambut dengan stail yang sesuai.





  Kaedah Frosting



Frosting ialah kaedah mencerah dan menompok warna di bahagian rambut tertentu.

Langkah-langkah mencerah dengan kaedah frosting

1. Menyediakan peralatan dan bahan

2. Menyediakan pelanggan :_

  • Pastikan pelanggan berada dalam keadaan selesa.
  • Tanggalkan aksesori pada rambut pelanggan.
  • Alas bahu dengan tuala.
  • Syampu rambut (jika perlu)
  • Analisis rambut dan kulit kepala pelanggan.

3. menyapu pencerah kaedah frosting


a) Membahagikan rambut :_
  • Bahagikan rambut kepada sembilan bahagian
  • Tinggalkan rambut anggaran 2.5cm lebar dibahagian belakang. Sapukan krim pelindung di sekeliling garis rambut.
  • Bancuh pencerah rambut.

c) Menyapu bahan pencerah.
  • Bermula dari bahagian tengkuk, ambil rambut dengan anggaran keluasan 2.5cm persegi.
  • Dengan menggunakan sikat ekor, ambil rambut dalam jumlah yang kecil, alas dengan kerajang aluminium dan sapukan bahan pencerah dia atas serta di bawah rambut.
  • Bungkus rambut menggunakan kerajang aluminium dengan kemas dan klipkan.
  • Ulang kaedah yang sama di bahagian lain hingga habis semua bahagian rambut dengan kedudukan kerajang aluminium berselang seli.
  • Set masa dan buat ujian setiap 15minit sehingga memperoleh warna yang dikehendaki.
d) Membersih dan membilas rambut.
  • Tanggalkan semua kerajang aluminium dan bilas rambut.
  • Bubuh toner rambut sekurang-kurangnya 10minit untuk hasil yang memuaskan.
  • syampu dan bilas dengan syampu warna. Bubuh perapi.

4) Menggayakan rambut dengan stail yang sesuai.






KONTRA INDIKASI MEWARNA RAMBUT

REAKSI POSITIF

alahan pada bahan kimia/pewarna
  Bengkak atau radang (inflamation)
  Benjol (swelling)
  Kerengsaan ( irritaition)
 Ketidakselesaan (discomfort)
  Kesakitan (soreness)
 Pening kepala
 Muntah-muntah


REAKSI NEGATIF

Tidak mempunyai alahan pada kulit
 Tiada bengkak atau radang
 Tiada benjolan atau bengkak halus
 Tiada kesan kerengsaan
 Tiada kesan ketidakselesaan
 Tiada kesan kesakitan



Keselamatan- keselamatan yang perlu diikuti semasa mewarnakan rambut :-

SEBELUM MEWARNAKAN RAMBUT
 Pastikan alat yang akan digunakan dalam keadaan bersih dan telah disteril.
Pastikan telah melakukan ujian kulit 24jam sebelum mewarna rambut.
  Jika terdapat tanda positif semasa ujian kulit, elakkan mewarna rambut.
  Buat ujian pewarna untuk menentukan warna yang sesuai.
  Elakkan melakukan rawatan rambut sebelum mewarna
  Elakkan memberus rambut sebelum mewarna.
  Pastikan isi padu hidrogen peroksida adalah pada kadar yang betul dan sesuai dengan volume yang dikehendaki.
  Pastikan kulit kepala tidak bermasalah.

SEMASA MEWARNA RAMBUT
  Lindungi pakaian pelanggan dan pendandan.
  Lindungi kulit pelanggan dengan krim pelindung.
  Sentiasa memakai sarung tangan semasa melakukan kerja mewarna.
  Bancuh pewarna dengan cermat sebaik sahaja hendak menggunakannya.
  Jangan gunakan pembancuh (aplikator) dan bekas dari logam untuk membancuh warna.
  Sentiasa berhati-hati semasa mewarna dan elakkan terkena mata pelanggan.
  Sentiasa bekerja mengikut arahan.
 Buang segera pewarna yang terkena pada kulit.
  Jangan menarik rambut terlalu kuat semasa proses mewarna dijalankan.
  Bersihkan segera warna yang terkena pada pakaian dengan air yang bersih. 
  Bersihkan segera kulit yang terkena pewarna dengan air serta-merta.

SELEPAS MEWARNA RAMBUT
  Jangan gayakan rambut dengan pengetak dan pengikal eletrik.
  Jangan gunakan suhu yang tinggi semasa meniup kering rambut.
v  Berikan rawatan pemulihan pada rambut yang telah diwarnakan supaya rambut kembali kepada kelenturan asal.

  Pastikan menyimpan dan mengisi rekod pelanggan.
  Bersihkan semua alatan yang telah digunakan dengan segera dan simpan di tempat yang betul.
  simpan bahan pewarna yang lebih di dalam bekas bertutup rapat pada suhu yang rendah.
  Elakkan mensyampu rambut dalam tempoh 48jam selepas mewarna rambut.
  Elakkan melakukan proses kimia ke atas rambut selepas mewarna.



  mewarna rambut



img



mewarna rambut ialah satu seni hiasan rambut dengan mengubah warna asal atau tiruan rambut seseorang kepada warna lain . Dengan mengubah gaya diri atau stail  diri seseorang ia dapat menambah daya tarikan dengan warna rambut yang lebih sesuai dengan perwatakan dan warna kulitnya.



  
kosmetik untuk mewarna rambut 
 
pewarna, syampu dan perapi



pewarna l'oreal
   



peralatan mewarna rambut
  10 kesalahan saat mewarnai rambut
berus mewarna rambut



klip pembahagi rambut





sikat ekor







 tuala rambut






Hair Color Bleach Highlights Perms Permanent Waves

apron mewarna/hair cape








sarung tangan getah












langkah-langkah mewarna rambut
a )  menyediakan alatan dan bahan .

b ) menyediakan pelanggan  
* pastikan pelanggan berada dalam keadaan selesa.
* tanggalkan aksesori pada kepala pelanggan.
* alas bahu pelanggan dengan mantel mewarna.
* syampu  rambut ( jika perlu )

c ) mewarna rambut dengan  kaedah satu langkah

* bahagi rambut kepada 4 bahagian
* sapukan krim pelindung pada keliling garis rambut
* campurkan pewarna dan hidrogen peroksida ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.
*sapu pewarna dari pangkal ke hujung dari bahagian atas ke bawah lapisan rambut .
 pastikan tidak terkena pada kulit kepala
* warnakan rambut selapis demi selapis hingga selesai bahagian 1,2,3 dan 4.



d ) menguji rambut 

* ambil beberapa helai rambut dan salut dengan kapas yang dilembapkan.
* periksa perubahan warna.
*letakkan sedikit air suam pada rambut yang telah diwarnai kemudian bersihkan pewarna dengan cara mengurut rambut dan kulit kepala hingga bersih.
* bilas dan petap dan keringkan rambut.





e ) menggayakan rambut mengikut yang sesuai.













Tuesday 26 July 2011

    
Pemilihan syampu mengikut jenis rambut
      



JENIS SYAMPU

KANDUNGAN

KEGUNAAN

SYAMPU BIASA

             I.            Syampu biasa bersabun .
                            II.      Syampu biasa tidak bersabun.


  • ·       Campuran emak dan     bahan  alkali.


  •     Untuk rambut normal dan rambut kering.

SYAMPU  KRIM  CECAIR


  •     Hasil petroleum/ lemak asli yang sudah  diproses ( sabun, magnesium stearat dan  bahan minyak )

  •    Melembutkan rambut kering.

SYAMPU BERASID SEIMBANG

  •       Mengandungi perapi dan berakali lemah.
    
  •     Untuk rambut berwarna,rambut mudah putus, rambut kering dan rosak.


LANGKAH - LANGKAH MENCUCI RAMBUT



1 . menyediakan alatan dan bahan



 Alatan dan bahan :-


 
Botol penyembur air



 Berus rambut





Tuala





Sikat



Syampu dan perapi






 2 . Menyediakan pelanggan 

  •  pastikan pelanggan berada dalam keadaan selesa.
  • tanggalkan eksesori pada rambut pelanggan.
  • alas bahu dengan tuala dan pakaikan mantel syampu.
  • alaskan sehelai lagi tuala di atas mantel syampu.
  • analisis rambut  dan kulit kepala pelanggan.
  • mengisi kad rawatan pelanggan.






3 . Mensyampu rambut.
  

a) menyikat rambut 



 
  * leraikan kusut dari bahagian tengkuk ke puncak kepala.




b ) Membahagikan rambut kepada 2 bahagian dan klip dengan kemas.
  1. pandangan hadapan
  2. pandangan belakang
  3. pandangan tepi kiri
  4. pandangan tepi kanan



C) Memberus rambut

* memberus rambut bahagian atas,kiri,kanan dan belakang.


d ) mensyampu rambut.

  1. basahkan rambut.
  2. bubuh syampu di tapak tangan.
  3. buihkan syampu di bahagian kepala. Ratakan  kepada semua garis rambut dan bahagian belakang kepala.

e ) manipulasi kulit kepala.
  1. lakukan gerakan urut usap . mulakan dari dahi hingga ke tengkuk. 
  2. ulang beberapa kali.
  3. lakukan    gerakan urut pusing pada seluruh kepala . mulakan mengurut pada bahagian dahi,kiri,kanan,dan di belakang kepala.
  4. gerakan hujung jari berpusar di atas kulit kepala.

f ) membilas rambut.
  •  baringkan pelanggan dengan selesa di singki.
  • uji suhu air ( 35-36'c)
  • bilaskan rambut di bahagian tengah.
  • bilaskan rambut di bahagian kanan dan kiri rambut.
  • bilaskan rambut di bahagian belakang dan tengkuk.

g ) Merapikan rambut .
  • bubuh perapi di tapak tangan dan ratakan di seluruh rambut,biarkan seketika.
  • bilaskan   rambut dengan air sejuk untuk membersihkan rambut dan kulit kepala.


h ) menggayakan rambut mengikut stail yang dikehendaki :-

 

ec09011300003
 

ec09011300005

ec09011300006